https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBdl3sToqj79CErbZShMepBC3ZEAWzJ5Ga3lFNzv0BQFU4plQXhXYzuS1dfZ6f4o7DI03LKVGvJzfGBbRw9q95vtUeMuBZt2hnigr-9LBihkZrtsQIDIXyzop7squeXWY4yYxbvZ-1_GTQ/s1600/ibu+mertuaku+1cpss-vert.jpg
Seorang gadis bernama Sabariah mencintai seorang
pemuzik bernama Kassim Selamat. Apabila ibu Sabariah, Nyonya Mansoor mendapat
tahu perkara tersebut, dia begitu marah kerana Sabariah telah ditunangkan
dengan Doktor Ismadi dan tambahan pula Kassim Selamat ialah seorang pemuzik
yang tidak sama taraf kedudukan dengan keluarga Nyonya Mansoor. Bagaimanapun
Sabariah terlalu mencintai Kassim Selamat dan tetap menikah dengan Kassim
Selamat lalu dihalau keluar dari rumah Nyonya Mansoor.
Kassim Selamat dan Sabariah berpindah dari Singapura
ke Pulau Pinang untuk memulakan hidup baru. Apabila Sabariah mengandung, Nyonya
Mansoor datang ke Pulau Pinang untuk membawa Sabariah pulang ke Singapura
kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya yang hidup serba kekurangan
kerana Kassim Selamat kini bekerja sebagai buruh kasar. Setelah Sabariah
melahirkan anak, Nyonya Mansoor menghantar telegram palsu kepada Kassim Selamat
menyatakan yang Sabariah telah meninggal dunia.
Kerana terlalu sedih, Kassim Selamat menangis siang
dan malam sehingga matanya tidak dapat lagi melihat dan akhirnya menjadi buta
tetapi diselamatkan oleh seorang perempuan. Seorang lelaki bernama Mamak Maidin
membantu Kassim Selamat kembali menjadi pemuzik dan mereka mengadakan
pentujukan di merata tempat. Sementara itu, Nyonya Mansoor juga memberitahu
Sabariah bahawa Kassim Selamat mendapat kemalangan dan meninggal dunia.
Akhirnya Sabariah bersetuju dinikahkan dengan Doktor Ismadi. Semasa Kassim
Selamat mengadakan pertunjukan di Singapura, Sabariah bertemu semula dengan
Kassim Selamat dan meminta pertolongan suaminya Doktor Ismadi untuk memulihkan
penglihatan Kassim Selamat. Setelah Kassim Selamat pulih, Nyonya Mansor
menceritakan hal sebenar dan meminta maaf kepada Kassim Selamat. Namun, sudah
terlambat setelah Kassim Selamat tahu hal sebenar dia berasa sangat kecewa lalu
membutakan matanya kembali.