by Nurul Athirah

TRAVELOG : MUZIUM PERANG (WAR MUSEUM)



Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima kasih sudi meluangkan masa membaca penulisan sis kali ini. Selepas mencuci mata melihat panorama Bukit Bendera, sis bawa rakan-rakan sis menghayati sejarah pula. Tidak lain tidak bukan mestilah di Muzium Perang.


Muzium Perang atau dikenali sebagai 'War Museum' terletak di kawasan Bukit Batu Maung, Pulau Pinang. Dibina untuk memperingati kompleks pertahanan asal yang dibina oleh British sebelum Perang Dunia II. Ia menjadi kubu pertahanan semasa perang. Hari ini, ia menjadi kompleks sejarah tidak begitu tersusun yang mempamerkan banyak perlengkapan perang, dan menunjukkan garis masa sejarah. Muzium perang ini ialah dedikasi kepada mereka yang pernah berkhidmat dan terkorban, mempertahankan negara (http://www.malaysia.travel/ms-my/bn/places/states-of-malaysia/penang/penang-war-museum). 

Pintu masuk Muzium Perang.


Dalam banyak-banyak tempat yang pernah pergi dekat Pulau Pinang ni. Muzium Perang paling tak boleh dilupakan. Kalau sesiapa yang pernah masuk sini tahulah macam mana rasanya perasaan bila jejakkan kaki ke sini. Lagi-lagi lokasinya terletak di atas bukit dan berhadapan laut. Masa mula-mula nak naik ke Muzium Perang ini pun fikir banyak kali ada ke muzium kat atas ni. Nasib baik pemilik muzium letakkan "signboard" rasa legalah memang ada muzium kat atas tu. Lepas bayar tiket masuk dan diberi sedikit penerangan kami dibenarkan masuk ke dalam. Dengan suasana outdoor dikelilingi hutan terasa betul-betul berada di zaman WWII (World War II). Peluang yg ada digunakan sebaiknya dengan meneroka segala sudut tempat tersebut. Rugi jika kami tidak melawat dan menghayati semuanya. Melihat kekejaman penjajah dulu. Ya Allah bertapa syukurnya kerana di lahirkan selepas Malaysia merdeka. Tapi tempat ni tak sesuai pergi bersama anak kecil. Sebab muzium ni muzium "outdoor". Berbukit bukau. Kesian kat anak nanti. Jika sesiapa yang tak kuat semangat macam "sis" lebih elok jika pergi beramai-ramai ye dan ada dua tiga orang yg kuat semangat. Paling seronok kalau rasa juga masuk dalam terowong sempit yang terletak di kawasan "bunker". Pengalaman yg memang tak dapat dilupakan. Seronok 😄

Berswafoto dahulu


Salah satu senjata yang dgunakan oleh penjajah dahulu.



Peta kawasan Muzium Perang.

Jangan risau. Sebelum masuk lebih jauh, para pengunjung akan dibekalkan sekeping risalah. Dalam risalah tersebut, terdapatnya info-info mengenai Muzium Perang dan disekalikan dengan peta dan huraian kawasan tersebut.

Berswafoto dengan bendera Muzium Perang


Ni lah terowong yang sis maksudkan.

Kami tak dapat nak rekod video penuh disebabkan faktor-faktor tertentu. Faktor pertama, kami kena menunduk untuk melalui terowong tersebut. Selepas itu, kami terpaksa merangkak dan kemudiannya barulah kami perlu memanjat tangga-tangga untuk keluar daripada terowong tersebut. Dalam terowong tersebut tidak terdapatnya cahaya. Oleh itu, untuk meneruskan misi untuk keluar daripada terowong tersebut, kami menggunakan cahaya daripada telefon pintar.

Difahamkan bahawa terowong bawah tanah ini digunakan untuk menyimpan senjata, perluru dan yang utamanya sebagai kubu pertahanan apabila tempat atau kawasan mereka dibom.

Untuk sesiapa yang ingin berkunjung ke sini, disarankan untuk berpakaian cerah dan selesa, pakaian tidak tebal; pakai kasut yang selesa; pakai topi berwarna malap dan sila bawa teropong, semburan penghalau serangga, buku nota dan pen. Dan tidak lupa juga sila bawa lampu suluh untuk memudahkan aktiviti meneroka terowong bawah tanah.

Selain itu, terdapat juga tempat-tempat yang menarik di sekitar muzium ini. Antaranya :

1. Stor Simpanan Perluru
2. Anti Air-craft pit
3. Observation Post
4. Underground Command Centre
5. Cannon Firing Bay
6. Gun Firing Bay
7. Generator room
8. Open Theater
9. Barracks
10. Booby Trap Zone
11. Terowong Bawah Tanah


Setelah British tewas, tempat ini telah jatuh ke tangan Jepun dan menjadi markas tentera Jepun. Oleh itu, selain daripada kubu, terdapat juga peninggalan tentera Jepun termasuk tempat melakukan hukuman pancung, bilik tahanan dan juga tempat simpan mayat.


Setelah puas bertawaf di Muzium Perang

Okey. Sudah sampai ke penghujung penulisan. Sis tak tahu nak gambarkan perasaan sis ketika berkunjung ke Muzium Perang. Sis rasa baik awak semua pergi merasainya sendiri. Serius, memang seronok.


Nota : Harga Tiket : RM21.60/orang

Waktu Operasi Muzium Perang : 9 pagi hingga 6 petang.
Namun, Muzium Perang ini juga boleh dilawati pada waktu malam. Namun terdapat syarat yang dikenakan. Iaitu mestilah dalam satu kumpulan yang besar dan mempunyai bilangan ahli yang minimum yang 40 orang. Jika kurang, kumpulan tersebut tidak dibenarkan masuk.






Copyright by nurulathirah's | Powered By Blogger

My Instagram