by Nurul Athirah

TRAVELOG : AVATAR (AVATAR SECRET GARDEN)







Aktiviti terakhir untuk 28 Oktober 2017 adalah sis bawa kawan-kawan bertawaf lagi sekali di Avatar Secret Garden. Avatar Secret Garden ni terletak di Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Terletak di dalam kwasan taman perumahan. Kalau nak pegi tempat ni lebih baik pergi waktu malam sebab kalau pergi siang lampu ala-ala 'Avatar' ni tak bukak lagi. Avatar ni terletak betul-betul sebelah laut. Kalau suasana sunyi boleh lah dengar deruan ombak. Lagi satu 'Avatar' ni memang terletak di pusat ibadat agama Buddha. Jadi jangan terkejut lah jika sampai di sana pertama kali yang nampak ialah pintu masuk ke pusat ibadat agama Buddha. Tetapi tempat ni memang ramai pengunjung yang datang sebab tarikan lampu-lampu yang berwarna warni ni lah. Kalau pergi hujung minggu tempat ni penuh dengan bas-bas pelancong. 'Parking' pun tak berapa risau sangat untuk dicari sebab ada yang tukang jaga 'parking'. Avatar Secret Garden ni pun berbukit-bukit tapi ada tangga lah. Kalau nak bawak anak kecil tu kena berhati-hati. Tempat ni lampunya tak lah terang sangat jadi sukar kalau mana-mana yang anak terlepas dari pegangan. Teknik nak bergambar pun kena pandai supaya nampak jelas.  Yang penting masuk ke Avatar Secret Garden ni PERCUMA 😄


















Baiklah. Berakhir sudah perjalanan sis dan kawan-kawan untuk satu hari. Maka marilah kita balik untuk luruskan pinggang. Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi membaca penulisan sis. Jangan pernah jemu untuk membaca. Membaca itukan jambatan ilmu. 😉

NOTA : Masuk - percuma
              'Parking' = RM 5

             JUMLAH = RM 1 seorang

Copyright by nurulathirah's | Powered By Blogger

My Instagram