Mesti ramai tertanya-tanya. Sis jalan-jalan ni tak bawak ke kawan-kawan pergi makan? Ada. Siapa kata tak ada. Sis biarkan kawan-kawan sis kosongkan perut betul-betul. Penulisan sis kali ni, sis nak cerita tentang sis bawa kawan-kawan sis makan dekat Padang Kota. Padang Kota ni terkenal dengan pasembur. Rugilah dah datang Pulau Pinang tapi tak rasa pasembur kan? Kenapa pasembur? Kenapa sis tak bawa pergi rasa makanan lain? Sebabnya, suasana Padang Kota ni yang menarik. Sambil-sambil makan bolehlah menikmati pemandangan tepi laut. Sis sampai dah petang. Maka bolehlah kalau nak tengok pemandangan matahari terbenam. Nak tengok kapal-kapal besar lalu pun boleh.
Padang Kota ni satu je sis tak suka sebab bila kita sampai dan pilih meja akan ada orang-orang yang ambil pesan datang beramai-ramai dekat kita. Padang Kota ni banyak gerai-gerai makanan. Jadi, cuba bayangkan kalau 10 gerai maka akan datangnya 10 orang untuk ambil pesanan. Maka, sis pesan sebelum sampai Padang Kota, dalam kereta tu kena siap-siap fikirkan menu makanan dan minuman supaya tidak rasa tertekan nanti. Sis dan kawan-kawan pesan minumam dan makanan, semua setuju untuk makan pasembur. Kalau nak makan pasembur kena pilih sendiri di gerai.
Padang Kota.
Padang Kota juga sesuai untuk beriadah bersama keluarga.
Pasembur adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dsb. dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate. Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ia biasanya dikaitkan dengan Pulau Pinang (https://en.wikipedia.org/wiki/Pasembur).
Pasembor ni sis ambil 2 pinggan dan kongsi berlima.
Pasembor.
Kelaparan.
Masing-masing dah lapar sampai tak terpandang kamera.
Selesai je makan, hujan pun turun. Nasib baik sis dan kawan-kawan sempat habiskan makanan. Masa yang dihabiskan di Padang Kota 30 minit. Sis dan kawan-kawan tak sempat berswafoto disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Maka, selepas habiskan makanan, sis dan kawan-kawan bergerak ke destinasi berikutnya. Terima kasih kerana sudi membaca penulisan sis. Penulisan sis yang berikutnya, sis akan ceritakan aktiviti waktu malam sis dan kawan-kawan. 😊
NOTA : Harga keseluruhan makanan tidak dapat dinyatakan dengan terperinci.
Sis boleh kata jumlah yang dihabiskan di Padang Kota ialah :
RM20 seorang.