Ingat tak sis janji nak buat review pasal tempat-tempat menarik dimana sis dan kawan-kawan telah melawat tempat tu. Sekarang ni masa sis baru lapang sedikit disebabkan beberapa tugasan telah diserahkan pada waktunya. Antara tempat-tempat menarik tu ialah Bukit Bendera, Muzium Perang, Ice Cafe, Padang Kota, Avatar Secret Garden dan kedai Jeruk Madu Pak Ali.
Sementara sis masih belajar di Pulau Mutiara ini, sis ambil kesempatan untuk ajak kawan-kawan sis melancong di sekitar Pulau Mutiara ini. Kiranya sis jadi seperti 'tourist guide' macam tu lah. Kawan-kawan sis ini semuanya kawan-kawan masa sekolah menengah dahulu. Kiranya kami berkumpul ni macam ala-ala 'reunion' semulalah kan.
Selalu orang nak rancang kumpul ramai-ramai ni ambil masa yang lama. Tapi sis dan kawan-kawan ambil masa 3 minggu sahaja. Siapa yang tak terujakan dapat jumpa semula kawan-kawan yang dah lama terpisah. Tapi 'reunion' kami ni kumpulan yang kecil je. 5 orang sahaja termasuk sis.
Sebelum ramai yang tertanya-tanya sis belajar di mana sis bagitahu dahulu. Sis belajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam iaitu di Universiti Sains Malaysia. Tahun ni tahun terakhir sis ada kat USM ni. Maka, sis nak jugaklah ada kenangan di Pulau Mutiara ini. Sebab itu sis pilih Pulau Mutiara sebagai tempat untuk buat 'mini reunion'. Lepas ni entah bila dapat jejakkan kaki di Pulau Mutiara. Tu pun kalau terakhir masa konvo nanti. InsyaAllah 😅. Ehh, jauh dah sis menyimpang ni. Janji nak cerita tempat lah apa lah. Tapi tak cerita-cerita 😀. Review seterusnya sis janji sis akan cerita tempat-tempat menarik di Pulau Mutiara. Sis janji ✋