Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca Blog Untuk Kita.
Penulisan kali ini, sis nak cerita tentang kewangan yang dibelanjakan oleh sis dan kawan-kawan di Pulau Pinang. Untuk pengetahuan para pembaca Blog Untuk Kita, sis dan kawan-kawan telah berbelanja sebanyak :
Kos kasar = RM 68.60
Minyak = RM 10 seorang
Tiket bas = RM 100 seorang (pergi dan balik)
Tol = RM14 dua hala (sis belanja)
Jumlah Keseluruhan = RM 192.60 - RM 14
= RM 178.60
Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan ialah RM 178.60. Jumlah ini tidak termasuk membeli buah tangan. Keesokannya sebelum balik, sis bawa kawan-kawan ke Kedai Jeruk Madu Pak Ali di Seberang Jaya. Kos perbelanjaan di Kedai Jeruk Madu Pak Ali adalah sendirian berhad. Untuk memudahkan sis menghantar kawan-kawan ke terminal bas, sis telah tetapkan hanya satu terminal sahaja iaitu di Butterworth (sebab itu ada kos tol dalam senarai perbelanjaan). Maka pada hari itu 29 Oktober 2017 tamatlah perjalanan sis bawa kawan-kawan sis melancong di Pulau Pinang.
Sis rasa 'reunion' sis dan kawan-kawan adalah 'reunion' yang paling bajet. Hal ini kerana, penempatan dan kenderaan, sis sediakan. Penginapan adalah di rumah sis iaitu di Rumah Keluarga Ijazah Pertama di Universiti Sains Malaysia. Disebabkan sis tinggal seorang, maka sis ajak kawan-kawan sis menginap di rumah sis. Sudah jimat banyak disitu bukan? Kenderaan untuk dari satu destinasi ke satu destinasi adalah kenderaan milik sis.
Si kuning sis di belakang tu tak nampak.
Jumpa lagi.
Sis rasa sedih sangat sebab terlalu sekejap pertemuan ini. InsyaAllah jika ada rezeki kami akan ke destinasi yang lain bersama-sama. 😍