by Nurul Athirah

TRAVELOG : BUKIT BENDERA (PENANG HILL) BAHAGIAN 2



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Penulisan sis kali ini, sis ingin sambung kisah Bukit Bendera yang pernah sis cerita sebelum ini. Sudi-sudilah memberi maklum balas dan pandangan. Selamat membaca.


Landasan kereta api Bukit Bendera.

Perjalanan ke atas Bukit Bendera mengambil masa selama 10 minit dengan menaiki kereta api. Di atas bukit itu, pengunjung dapat menyaksikan panorama yang indah. Bandar Georgetown yang dikelilingi laut juga jelas kelihatan. Di atas bukit itu telah disediakan pelantar untuk kemudahan pengunjung menyaksikan pemandangan sekitar Pulau Pinang. Sis juga berkesempatan berdiri di pelantar tersebut. Disebabkan sis sampai di Bukit Bendera selepas hujan, maka pemandangan tersebut diselubungi kabus yang nipis.


Bandar Georgetown dari atas Bukit Bendera.



Nampak tak kabus belakang tu.

Jika jalan ke depan sedikit, akan nampak satu pintu gerbang berbentuk 'love' dan tertera tulisan 'Little Village.' Untuk pengetahuan semua, untuk masuk ke 'Little Village' perlu dibayar. Dengan menunjukkan kad pengenalan kepada penjaga pintu, maka kami semua dikenakan bayaran RM 5 seorang. Nanti penjaga pintu itu akan memberi kita satu pelekat (sticker) untuk ditampal pada kad pengenalan. Selepas itu, barulah kami dibenarkan masuk ke dalam.

Bergambar dengan Mr.Bee di pintu masuk 'Little Village'.

Untuk pengetahuan, di pintu masuk ini juga mereka ada tawarkan pakej bergambar di pintu masuk 'Little Village' ini. Harga untuk satu keping gambar RM30. Tapi sis tak ambil pun servis tu. Ambil gambar guna telefon pintar sendiri lagi jimat berbanding ambil servis tu. Boleh ambil berapa keping yang kita mahu. Untuk tangkap gambar ini sis minta tolong penjaga pintu masuk tu tangkapkan. Servis ini percuma ye sebab kami guna kamera kami sendiri. Walaupun kualiti hasil kerja mereka kurang, tapi bolehlah dari tak ada langsung gambar berlimakan. Aktiviti diteruskan dengan memasuki ke dalam 'Little Village' tersebut. Sangat menarik suasana di 'Little Village'. Tapi ada yang kata seronok lagi kalau pergi waktu malam kerana terdapatnya lampu LED yang akan di pasang.Setiap pintu berbentuk 'love' ini terdapat pelbagai tulisan yang ditulis.

My First Love


Forever Love

 Perasan sekejap berada dalam ala-ala cerita fantasi gitu.



Rumah 'Little Village'







Untuk maklumat tambahan, 'Little Village' ini juga terdapat baju ala-ala puteri yang boleh disewa. Sis tidak ingat harga paker tersebut sebabnya sis tak nak pakai pun.




Di 'Little Village' terdapat juga galeri menjual madu lebah. Pelbagai madu boleh didapati di galeri tersebut. Akibat sis ingin mengejar waktu kerana banyak lagi tempat yang ingin dituju, sis tidak sempat untuk membelek-belek madu tersebut. Selesai melawat 'Little Village'. Penatnya jangan cakaplah. 

Selepas itu, sis menuju ke 'check point' berikutnya iaitu dataran 'love lock' atau dikenali dataran kunci cinta. Pengunjung bolehlah membeli kunci mangga tersebut dan menguncinya di pagar yang telah disediakan dengan menulis tulisan-tulisan cinta.

'Love Lock'


Bayak lagi tempat yang menarik di atas Bukit Bendera ini. Disebabkan kesuntukan masa, sis tidak berkunjung ke semua 'check point'. Untuk memendekkan masa lawatan tersebut, sis dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk mengambil khidmat 'buggy' sahaja untuk bawa kami semua meneroka seluruh Bukit Bendera ini. Cas yang dikenakan oleh pemandu 'buggy' ialah RM30 untuk satu kenderaan. Disebabkan sis berlima dengan kawan-kawan, maka cas 'buggy' hanyalah RM6 seorang. 


Atas 'Buggy'

Seronok naik 'buggy' ni sebenarnya. Di samping dapat mengurangkan tenaga kami berjalan kaki, kami juga dapat maklumat yang berguna daripada pemandu 'buggy'. Sepanjang perjalanan, banyak maklumat yang telah disampaikan yang mana kami rasa amat berguna sekali. Pemandu 'buggy' ini pula peramah orangnya. Sepanjang menaiki 'buggy', pemandu akan berhenti di tempat-tempat yang tertentu untuk kami semua rasa panorama di Bukit Bendera. Nanti sis akan kongsikan video sis dan kawan-kawan naik 'buggy'.


Setelah pemandu membawa kami keseluruh tempat Bukit Bendera ini, maka kami pun mengambil keputusan untuk turun kerana jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Seperti biasa, untuk terun dari Bukit Bendera menggunakan khidmat kereta api, kami perlu beratur lagi sekali.

Muka kepenatan setelah habis tawaf Bukit Bendera.
Nasib dapat tempat duduk dalam kereta api.


Jomlah kita menuju ke destinasi yang lain pula.

Tamatlah sudah pengembaraan kami berlima di Bukit Bendera. Kami akan ke destinasi lain pula di Pulau Mutiara ini. Kepada yang ingin tahu kemanakah kami akan pergi, itu rahsia. Hehehe. Ehh taklah kena tunggu 'post' yang berikutnya pula lah ye. 

Terima kasih kerana sudi membaca penulisan sis kali ini. 😍

NOTA : jumlah kos yang dihabiskan di Bukit Bendera

        Kereta api = RM10
        Little Village = RM5
        Buggy = RM6

        Jumlah Keseluruhan = RM21

*tidak termasuk kos makan. Sis dan kawan-kawan nak cepat. tak boleh nak bersantai sangat atas Bukit Bendera tu 😂




Copyright by nurulathirah's | Powered By Blogger

My Instagram