Assalamualaikum buat pembaca-pembaca Blog Untuk Kita. Kali ni sis nak cerita pula tentang Kafe Ais atau lebih dikenali sebagai 'Ice Cafe'. Setelah tawaf Bukit Bendera dan Muzium Perang, sis bawalah kawan-kawan sis pergi sejukkan badan di 'Ice Cafe' ni. 'Ice Cafe' ni terletak di Lebuh Victoria, bandar Georgetown. Cari punya cari memang kecik je pintu masuk dia. Kalau tak tengok betul-betul memang terlepas. Cafe ni terletak di bahagian atas kedai ya. Masuk-masuk je memang akan terus ada dekat ruangan santai untuk bergambar. Kemudian, masuk ke dalam sikit baru lah jumpa dia punya 'cafe'. Untuk pengetahuan semua pembaca, pemilik kedai ini ada menampalkan notis iaitu tidak dibenarkan bergambar kecuali pelanggan yang ingin memesan makanan dan minuman di kafe ini.
Masuk-masuk je sis dah rasa seolah-olah betul-betul berada di kawasan yang bersalji. Kesejukan sudah mula menyelubungi sis. Tapi tidaklah sampai kena berbaju tebal. Sampai-sampai sis dan kawan-kawan terus memesan makanan. Makanan di situ semuanya makanan pencuci mulut. Tiada makanan-makanan berat. Sedap jugalah rasa pencuci mulut. Mungkin sebab kami semua sudah lapar.
Jalan ke pintu masuk. (Dinding pun Ais)
Pilih meja.
Pencuci mulut yang dipesan.
Sis pesan, Mango Snowflake, 1 slice red velvet cake with hot tea (yang ini pakej) dan juga puding coklat. Sis dan kawan-kawan pesan yang ni je. Maka makanlah beramai-ramai. Berkongsi makanan. Walaupun pesan sedikit tapi kami dapat sudu dan garfu setiap orang. Diingatkan kembali bahawa 'Ice Cafe' ini hanya ada kek, minuman, aiskrim dan buah-buahan sahaja. Semua sekali RM43 dan sistem bayaran dibahagikan dengan 5 orang. Jimat bukan? Pada asalnya kami ingin memesan dua menu sahaja iaitu Mango snowflake dan puding coklat. Tetapi, kawan sis, Fatin Farhana belanja kami semua redvelvet cake tu. Alhamdulillah semoga dia dimurahkan rezeki.
Gelagat sis dan kawan-kawan sis.
Suasana pintu masuk kafe.
Masuk-masuk je kafe terus nampak seperti gambar di atas. Setiap sudut pengunjung boleh bergambar.
Tidak lepaskan peluang juga.
'Igloo'
Kami di dalam 'igloo'
'Snow Man' (Orang Salji)
Menikmati musim salji.
Kawasan kafe ni tidaklah terlalu besar. Kafe ni penuh waktu hujung minggu. Jadi kenalah pandai cari-cari masa yang tak ramai orang supaya dapat swafoto di setiap sudut yang ada di 'Ice Cafe' ini. Masuk di sini teringat cerita kartun pingu tu. Bolehlah dapat jugak merasai musim salji. Jika hendak ke luar negera, kosnya tentulah mahal bukan? Sis dan kawan-kawan sis meluangkan masa di 'Ice Cafe' ini sekejap sahaja iaitu lebih kurang 30 minit kerana sis akan bawa kawan-kawan sis ke destinasi seterusnya. Jadi para pembaca harap bersabar kerana sis akan menulis destinasi seterusnya pada post seterusnya. Terima kasih ye sudi luangkan masa untuk baca penulisan sis ini. 😊
NOTA : Masuk - Percuma
Manggo snowflake (medium size) - RM 15
1 slice of cake with hot tea - RM 18(Kawan sis Fatin Farhana belanja)
Puding coklat - RM 10
JUMLAH = RM 43
(RM43 - RM18 = RM25)
= RM25/5
= RM 5
Jumlah yang dibelanjakan seorang = RM 5