Lama sudah sis tidak aktif menulis Blog. Sis dah tamat belajar di USM pada bulan Januari lepas. Sekarang ni sis tengah tunggu majlis konvokesyen sis pada bulan Oktober nanti.
Mesti ada yang tertanya-tanya sis buat apa sekarang ni kan. Sis sibuk uruskan anak perempuan sis. Maklumlah 3 tahun sis berjauhan dan tidak dapat luangkan masa dengan dia. Sekarang ni sis nak ganti semula masa-masa berharga tu bersama dia.
Sis tak kerja ke? Kerja. Tapi sis buat kerja sambilan. Sis jadi guru ganti sementara tunggu kerja tetap. (Nanti sis update pengalaman sis).
Sis tak takut ke hutang dah menunggu kerja tetap tak dapat-dapat lagi? Siapa kata tak takut. Tapi sis ada suami yang selalu beri kata-kata positif untuk sis bila macam-macam soalan bermain difikiran sis. (Tu untungnya ada suami).
Sampai di sini sis nak coret-coret tentang diri sis yang dah lama menyepi. Nanti ada masa sis coret-coret hal lain ye. 🤗
EARLY MARRIAGE AMONG UNIVERSITY STUDENTS IN MALAYSIA
Setelah sis asyik bercerita mengenai tempat-tempat di Pulau Pinang, kali ni sis nak cerita sedikit mengenai linguistik. Mesti ramai pembaca tertanya-tanya, sis pelajar linguistik. Tapi penulisan sis tak mencerminkan pun macam pelajar linguistik.
Buat para pembaca Blog Untuk Kita, sis taknak lah terlalu formal sangat. Maksud sis, sis nak semua pembaca sis mesra-mesra bila baca penulisan sis. Kalau formal sangat tentu pembaca-pembaca semua bosan bukan? Tujuan sis menulis di blog adalah disebabkan sis ingin berkongsi pengalaman-pengalaman sis. Jadi tidak salah kan kalau sis menggunakan bahasa-bahasa basahan ala-ala mesra gittew.
Jika dilihat sis juga menggunakan bahasa sapaan 'sis' untuk menggelarkan diri sis. Hal ini disebabkan sis tidak tahu umur pembaca sis. Jadi, menggunakan ungkapan 'sis' dilihat mesra sedikit bukan? Okey lah. Penulisan kali ni ringkas sahaja. Nanti sis tulis dan kongsikan perkara yang lain pula ye. Terima kasih sudi singgah dan baca penulisan sis. 😉
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca Blog Untuk Kita.