by Nurul Athirah

November 17, 2017

TRAVELOG : KAFE AIS (ICE CAFE)

by , in


Assalamualaikum buat pembaca-pembaca Blog Untuk Kita. Kali ni sis nak cerita pula tentang Kafe Ais atau lebih dikenali sebagai 'Ice Cafe'. Setelah tawaf Bukit Bendera dan Muzium Perang, sis bawalah kawan-kawan sis pergi sejukkan badan di 'Ice Cafe' ni. 'Ice Cafe' ni terletak di Lebuh Victoria, bandar Georgetown. Cari punya cari memang kecik je pintu masuk dia. Kalau tak tengok betul-betul memang terlepas. Cafe ni terletak di bahagian atas kedai ya. Masuk-masuk je memang akan terus ada dekat ruangan santai untuk bergambar. Kemudian, masuk ke dalam sikit baru lah jumpa dia punya 'cafe'. Untuk pengetahuan semua pembaca, pemilik kedai ini ada menampalkan notis iaitu tidak dibenarkan bergambar kecuali pelanggan yang ingin memesan makanan dan minuman di kafe ini.

Masuk-masuk je sis dah rasa seolah-olah betul-betul berada di kawasan yang bersalji. Kesejukan sudah mula menyelubungi sis. Tapi tidaklah sampai kena berbaju tebal. Sampai-sampai sis dan kawan-kawan terus memesan makanan. Makanan di situ semuanya makanan pencuci mulut. Tiada makanan-makanan berat. Sedap jugalah rasa pencuci mulut. Mungkin sebab kami semua sudah lapar. 

Jalan ke pintu masuk. (Dinding pun Ais)

Pilih meja.

Pencuci mulut yang dipesan.

Sis pesan, Mango Snowflake, 1 slice red velvet cake with hot tea (yang ini pakej) dan juga puding coklat. Sis dan kawan-kawan pesan yang ni je. Maka makanlah beramai-ramai. Berkongsi makanan. Walaupun pesan sedikit tapi kami dapat sudu dan garfu setiap orang. Diingatkan kembali bahawa 'Ice Cafe' ini hanya ada kek, minuman, aiskrim dan buah-buahan sahaja. Semua sekali RM43 dan sistem bayaran dibahagikan dengan 5 orang. Jimat bukan? Pada asalnya kami ingin memesan dua menu sahaja iaitu Mango snowflake dan puding coklat. Tetapi, kawan sis, Fatin Farhana belanja kami semua redvelvet cake tu. Alhamdulillah semoga dia dimurahkan rezeki.



Gelagat sis dan kawan-kawan sis.

Suasana pintu masuk kafe.

Masuk-masuk je kafe terus nampak seperti gambar di atas. Setiap sudut pengunjung boleh bergambar.

Tidak lepaskan peluang juga.

'Igloo'

Kami di dalam 'igloo'

 'Snow Man' (Orang Salji)

Menikmati musim salji.

Kawasan kafe ni tidaklah terlalu besar. Kafe ni penuh waktu hujung minggu. Jadi kenalah pandai cari-cari masa yang tak ramai orang supaya dapat swafoto di setiap sudut yang ada di 'Ice Cafe' ini. Masuk di sini teringat cerita kartun pingu tu.  Bolehlah dapat jugak merasai musim salji. Jika hendak ke luar negera, kosnya tentulah mahal bukan? Sis dan kawan-kawan sis meluangkan masa di 'Ice Cafe' ini sekejap sahaja iaitu lebih kurang 30 minit kerana sis akan bawa kawan-kawan sis ke destinasi seterusnya. Jadi para pembaca harap bersabar kerana sis akan menulis destinasi seterusnya pada post seterusnya. Terima kasih ye sudi luangkan masa untuk baca penulisan sis ini. 😊


NOTA : Masuk - Percuma
       Manggo snowflake (medium size) - RM 15
     1 slice of cake with hot tea - RM 18(Kawan sis Fatin Farhana belanja)
       Puding coklat                  - RM 10

                         JUMLAH     = RM 43
                                   (RM43 - RM18 = RM25)
                                    = RM25/5
                                    = RM 5

          Jumlah yang dibelanjakan seorang = RM 5
               


November 16, 2017

TRAVELOG : MUZIUM PERANG (WAR MUSEUM)

by , in


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima kasih sudi meluangkan masa membaca penulisan sis kali ini. Selepas mencuci mata melihat panorama Bukit Bendera, sis bawa rakan-rakan sis menghayati sejarah pula. Tidak lain tidak bukan mestilah di Muzium Perang.
November 16, 2017

TRAVELOG : BUKIT BENDERA (PENANG HILL) BAHAGIAN 2

by , in


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Penulisan sis kali ini, sis ingin sambung kisah Bukit Bendera yang pernah sis cerita sebelum ini. Sudi-sudilah memberi maklum balas dan pandangan. Selamat membaca.
November 16, 2017

TRAVELOG : BUKIT BENDERA (PENANG HILL) BAHAGIAN 1

by , in

Hai semua. Seperti yang dijanjikan, sis nak cerita pasal Bukit Bendera. Lama sis tak naik Bukit Bendera. Kali terakhir sis naik tahun 2014 dengan encik tunang (sekarang dah jadi suami). Kali pertama sis naik Bukit Bendera tahun 2013 dengan kawan-kawan satu major dengan sis. Masa tu sem 1 beberapa bulan selepas daftar diri di USM sebagai pelajar baru. Dan tahun ini, kali ketiga sis naik Bukit Bendera. Kali ini dengan kawan-kawan sekolah menengah sis.

          Bukit Bendera atau juga dikenali sebagai Penang Hill dalam Bahasa Inggeris terletak di Ayer Hitam, Pulau Pinang iaitu lebih kurang 6km dari bandar Georgetown. Menurut sejarah dahulu, Bukit Bendera juga dahulunya dikenali sebagai Bukit Strawberi kerana ia juga merupakan kawasan pengeluar strawberi (https://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Bendera). Dahulu, Bukit Bendera dijadikan sebagai kawasan penanaman strawberi oleh penjajah. Tapi hari ini, pengunjung menjadikan Bukit Bendera sebagai tempat untuk menikmati pemandangan bandar Georgetown. Terdapat dua cara untuk naik ke puncak bukit ini. Pertama, menggunakan trek atau laluan pejalan kaki melalui Taman Botanikal Air Terjun dan kedua dengan menaiki kereta api Bukit Bendera. Kalau nak tahu trek-trek atau laluan pejalan kaki Bukit Bendera, bolehlah tengok-tengok peta yang telah ditampal di dinding laluan di mana tempat pengunjung beratur sementara menunggu kereta api tiba.

November 14, 2017

PULAU PINANG PULAU MUTIARA

by , in
                 

                    Ingat tak sis janji nak buat review pasal tempat-tempat menarik dimana sis dan kawan-kawan telah melawat tempat tu. Sekarang ni masa sis baru lapang sedikit disebabkan beberapa tugasan telah diserahkan pada waktunya. Antara tempat-tempat menarik tu ialah Bukit Bendera, Muzium Perang, Ice Cafe, Padang Kota, Avatar Secret Garden dan kedai Jeruk Madu Pak Ali.
October 30, 2017

PERCUTIAN ILMIAH (PULAU PINANG)

by , in

Assalamualaikum. Sis ingat nak buat review sikit pasal tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Sesuailah untuk sesiapa yang ingin merancang untuk bercuti di Pulau Pinang sama ada bersama keluarga atau kawan-kawan. Tapi buat masa sekarang sis sibuk sikit. InsyaAllah dalam masa terdekat ni sis akan cerita sedikit tempat-tempat yang menarik di Pulau Pinang.

          Memandangkan sis baru je cuti-cuti Malaysia pusing satu Pulau Pinang dengan kawan-kawan sis, senanglah sis nak cerita sedikit pasal Pulau Pinang ni dengan perbelanjaan keseluruhannya. Percutian sis ini kiranya macam percutian ilmiah kerana sambil bercuti sambil tu sis dan kawan-kawan mempelajari sesuatu. Okey nantikan post sis yang seterusnya ye 😍
October 06, 2017

BLOG

by , in

1st time buat blog dah cerita pasal stress. Memang betul-betul menggambarkan macam mana keadaan sekarang ni bila menjadi seorang mahasiswi final year. Syndrom final year student memang macam ni kot. Tinggal satu semester je lagi. Lepas ni pasti merindui zaman study.
   Err.. Lari topik plak. Sepatutnya nak cerita pasal blog tadi. Sebenarnya tak tahu pun macam mana cara nak guna blog ni. Tak tahu macam mana nak susun blog ni supaya nampak rapi dan menarik. Orang kata apa? Nampak sikitlah sedap mata memandangnya.
  Mohon mana kawan-kawan yang arif tentang blog ni bagi bantuan, petua dan nasihat nak mempercantikkan lagi blog ni. Omputeh kata 'sharing is caring' ye ke tidak? hehehe.

October 06, 2017

STRESS : PUNCA & BAGAIMANA MENANGANINYA

by , in
                      
                   
 Mungkinkah ada yang sedang mengalami stress atau tekanan perasaan ketika ini? Stress atau tekanan perasaan adalah merupakan salah satu penyakit moden yang banyak membelenggu masyarakat pada hari ini. Dr. Hans Selye, pengasas teori stress telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.”
Copyright by nurulathirah's | Powered By Blogger

My Instagram